SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI..


BLOG INI ADALAH HAK MILIK PERIBADI EMAK + ABAH SOFIA,
JADI SESUKA HATI KAMI LAH NAK TULIS APE @ NAK LETAK GAMBO APE..
WALAU APE PUN,
KAMI AKAN CUBA UNTUK BERSOPAN DAN TIDAK MENGGANGGU EMOSI DAN PERASAAN ORG LAIN..
TERUTAMA SEKALI PARA PENGUNJUNG BLOG INI..


KALAU ADA TU, MAKNANYE TAK SENGAJA LE TU..
sOrrY In AdVanCE YE KENKAWAN!!!
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA @ KATA2 PERANGSANG UNTUK KAMI MENINGKATKAN KESOPANAN KAMI ITU.. HUHUUU...


SELAMAT MENJAMU MATA... ;)



Thursday, January 21, 2010

Kau Yang Aku Cinta

Wah.. lama ku xberpantun.. tetiba terasa nak join plak contest dr CIK HELENA nih.. dia wat contest mari berpantun nih.. Tajuk nye "Kau Yang Aku Cinta".. heheee..

meh cube dgr pantun dari ku ini erh.. hehee.. lama xmenulis, kreativiti tu agak kureng sket.. tp xsalah kalau mencuba.. sebelum tu, mintak maaf la ye klu pantun2 ni agak sumbang bunyi nye.. huhuhuuu...

~ Kau Yang Aku Cinta ~



Wahai kau yang aku cinta selalu,
Kau kan selamanya terpahat dihatiku,
Puisi cinta ini kutujukan khas buatmu,
Tanda kasihsayangmu kudambakan selalu.

Walau ramai jejaka yang mendampingiku,
Tiada seorang pun yang dapat menandingimu,
Tiada seorang pun yang bisa menawanku,
Kerna hanya kau yang aku cinta dihatiku.

Kau anugerah yang terindah untukku,
Bagiku hanya kau yang aku cinta selalu,
Kerna hanya kau yang paling memahamiku,
Hanya kau yang menerimaku seadanya aku.

Kepada kau yang aku cinta,
Moga kau mendengar segalanya,
Kasihku padamu tiada taranya,
Sayangku bertambah setiap masa.

Wahai kau yang aku cinta,
Kaulah juga sahabat yang ku nanti,
Di saat diriku lemah tidak berdaya,
Di saat airmataku jatuh membasahi pipi.

Buat kau yang aku cinta selalu,
Senyumanmu membawa bahagiaku,
Gelisahmu adalah kebimbanganku,
Airmatamu bisa merobek hatiku.

Wahai kau yang aku cinta selalu,
Terima kasih kerana mencintaiku,
Membiarkan kumasuki relung jiwamu,
Memilih diriku sebagai pendampingmu.

Kepada kau yang aku cinta,
Setiap patah katamu perangsang jiwa,
Membuatkan diriku berasa selesa,
Sebagai seorang isteri yang berkerjaya.

Bukan wang ringgit yang aku pinta,
Bukan jua sinaran permata atau nilam,
Tetapi wahai kau yang aku cinta,
Bimbinglah kami ke jalan Islam.

Wahai kau yang aku cinta,
Hargai tiap pengorbanan kita,
Bukti tulus murni cinta yang terbina,
 Agar kekal bahagia hingga ke hari tua.




Sekian sahaja dari saya.. hmm, ok x pantun tu?? kalau korang ada idea yg lagi hebat dan mantap.. jom la join contest Cik Helena ni.. KLIK SINI untuk keterangan lanjut ye... ;)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA

~23 JANUARI 2010~


2 comments:

cik helena said...

syahdunye..senyum je bile baca,penyertaan diterime..thanks for joining yah!

salam kenal..

Nurul + Nordin said...

TQ cik helena.. saja mengasah semula bakat yg dah lama berkarat.. hihihii..

salam kenal gak dr sy.. ;)

Daisypath Anniversary tickers