SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI..


BLOG INI ADALAH HAK MILIK PERIBADI EMAK + ABAH SOFIA,
JADI SESUKA HATI KAMI LAH NAK TULIS APE @ NAK LETAK GAMBO APE..
WALAU APE PUN,
KAMI AKAN CUBA UNTUK BERSOPAN DAN TIDAK MENGGANGGU EMOSI DAN PERASAAN ORG LAIN..
TERUTAMA SEKALI PARA PENGUNJUNG BLOG INI..


KALAU ADA TU, MAKNANYE TAK SENGAJA LE TU..
sOrrY In AdVanCE YE KENKAWAN!!!
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA @ KATA2 PERANGSANG UNTUK KAMI MENINGKATKAN KESOPANAN KAMI ITU.. HUHUUU...


SELAMAT MENJAMU MATA... ;)



Friday, January 29, 2010

Buat Aku Tersenyum - SO7

(by: Sakti)

Datanglah sayang dan biar aku berbaring
Dipelukanmu… biarpun ‘tuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan kukatakan semua

Bila ku lelah tetaplah di sini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah biarkan aku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum dengan canda tawamu
Walaupun ‘tuk sekejap
Karna hanya engkaulah yang sanggup redakan aku

Karna engkau satu satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Karna dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang

BRIDGE

Dapatkah engkau selalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku

Wah... suke sgt dgn lagu nih sejak dr zaman U dulu.. Huhuhuuu...


Thursday, January 28, 2010

WeDdinG PhOto CoNtEst by LyNn HaMzAh

Salam mesra semua...


Ini merupakan percubaan kali pertama Lynn untuk menganjurkan contest...
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1) Jadi follower blog LYNN dan QISTINA WARDROBE...

2) Letak banner di atas di ruang side bar blog anda...

3) Letak tajuk entry seperti diatas dan make sure entry link anda back to mine...

4) Hantar sekeping sahaja gambar perkahwinan anda yang anda rasa sangat cantik & menarik...Kalau boleh biarlah close up kat muka anda & pasangan...

5) Letak 1 gambar jer yer...Kalau banyak-banyak nanti pening plak kepala juri nak pilih yang mana satu yang cantik...

6) Sertakan nama anda & pasangan...Sertakan juga tarikh ulangtahun perkahwinan anda & pasangan...

7) Ceritakan sket kenapa gambar tu anda pilih untuk menyertai contest nie...

8) Last sekali, tinggalkan penyertaan anda dalam comment box entry nie ok...



Nurul Huda dan Nordin
11.07.2008
Sangat suke gambar ini sebab nampak mcm kami lah pasangan yang paling romantis dan paling bahagia di abad ini.. huhuhuuu...
Yang paling penting, dalam gambar ni kami berdua tersenyum..
kerana suamiku merupakan seorg yg sgt susah untuk senyum bila bergambar... Aku pulak, senyum selalu..
 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Febuari 2010...

Hadiah untuk contest nie:
  • Hadiah 1 - Barangan bernilai RM 200.00
  • Hadiah 2 - Barangan bernilai RM 150.00
  • Hadiah 3 - Barangan bernilai RM 100.00
  • Hadiah Saguhati

So rajin2 kan diri anda untuk join...Thanks!!!
KLIK SINI ERH...



Tuesday, January 26, 2010

Teknik menghukum anak

Masa kanak-kanak merupakan masa yang paling penting dalam proses kehidupan manusia. Masa ini merupakan tahap awal pertumbuhan seorang anak untuk menjadi manusia dewasa, apakah dia akan menjadi manusia baik atau sebaliknya, adakah dia akan jadi 'terror' atau 'terrorist'?

Mendidik anak boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara iaitu, memberi nasihat, arahan, petunjuk, kelembutan, toleransi, penghargaan ataupun contoh teladan. Tapi kalau tak jalan juga, iaitu jenis yang tak makan saman, cara memberi hukuman dapat diterapkan.


Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.

Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.

1. Pandangan mata yang sinis - Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.

2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.

3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.

5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.

6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.

7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata "Wahai penipu!"

9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.

Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: "Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun."

Sumber : http://www.al-munir.edu.my/


Thursday, January 21, 2010

Kau Yang Aku Cinta

Wah.. lama ku xberpantun.. tetiba terasa nak join plak contest dr CIK HELENA nih.. dia wat contest mari berpantun nih.. Tajuk nye "Kau Yang Aku Cinta".. heheee..

meh cube dgr pantun dari ku ini erh.. hehee.. lama xmenulis, kreativiti tu agak kureng sket.. tp xsalah kalau mencuba.. sebelum tu, mintak maaf la ye klu pantun2 ni agak sumbang bunyi nye.. huhuhuuu...

~ Kau Yang Aku Cinta ~



Wahai kau yang aku cinta selalu,
Kau kan selamanya terpahat dihatiku,
Puisi cinta ini kutujukan khas buatmu,
Tanda kasihsayangmu kudambakan selalu.

Walau ramai jejaka yang mendampingiku,
Tiada seorang pun yang dapat menandingimu,
Tiada seorang pun yang bisa menawanku,
Kerna hanya kau yang aku cinta dihatiku.

Kau anugerah yang terindah untukku,
Bagiku hanya kau yang aku cinta selalu,
Kerna hanya kau yang paling memahamiku,
Hanya kau yang menerimaku seadanya aku.

Kepada kau yang aku cinta,
Moga kau mendengar segalanya,
Kasihku padamu tiada taranya,
Sayangku bertambah setiap masa.

Wahai kau yang aku cinta,
Kaulah juga sahabat yang ku nanti,
Di saat diriku lemah tidak berdaya,
Di saat airmataku jatuh membasahi pipi.

Buat kau yang aku cinta selalu,
Senyumanmu membawa bahagiaku,
Gelisahmu adalah kebimbanganku,
Airmatamu bisa merobek hatiku.

Wahai kau yang aku cinta selalu,
Terima kasih kerana mencintaiku,
Membiarkan kumasuki relung jiwamu,
Memilih diriku sebagai pendampingmu.

Kepada kau yang aku cinta,
Setiap patah katamu perangsang jiwa,
Membuatkan diriku berasa selesa,
Sebagai seorang isteri yang berkerjaya.

Bukan wang ringgit yang aku pinta,
Bukan jua sinaran permata atau nilam,
Tetapi wahai kau yang aku cinta,
Bimbinglah kami ke jalan Islam.

Wahai kau yang aku cinta,
Hargai tiap pengorbanan kita,
Bukti tulus murni cinta yang terbina,
 Agar kekal bahagia hingga ke hari tua.




Sekian sahaja dari saya.. hmm, ok x pantun tu?? kalau korang ada idea yg lagi hebat dan mantap.. jom la join contest Cik Helena ni.. KLIK SINI untuk keterangan lanjut ye... ;)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA

~23 JANUARI 2010~


Friday, January 15, 2010

Cutest Baby Photo Contest



Salam Buat Semua…

SweetLovelyShoppe ingin menganjurkan 1 contest terbuka kepada semua bloggers ataupun yang bukan bloggers.

Antara syarat-syarat contest:

1) Yang Mempunyai Blog
~Jadi follower kami. Sesiapa yang belum menjadi member automatik menjadi member kami
~Sila linkkan blog kami di blog list anda
~Upload sekeping gambar anak anda yang paling comel dan anda suka.
~Sila sertakan sekali nama anak,umur dan nama ibu
~Sila tinggalkan link anda di entry ini

2) Yang Tidak Mempunyai Blog
~Jadi follower kami. Sesiapa yang belum menjadi member automatik menjadi member kami
~Sila hantarkan gambar anak anda melalui email.
~Emailkan ke sweetlovelyshoppe@yahoo.com
~Sila letakkan subject anda sebagai CONTEST
~Sila sertakan sekali nama anak, umur dan nama anda

Tarikh Tutup Peraduan : 20 JANUARI 2010
Sila Klik SINI kalau nak join gak ye....

*Peraduan terbuka kepada kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah*




Nama : Nurul Sofia binti Nordin
Umur : 8 bulan +++
Nama Ibu : Nurul Huda binti Ahmad Adnan



Wednesday, January 13, 2010

Buku Inspirasi Contest 2010


Bismillahirrahmanirahim

Akhirnya ku terpanggil untuk menulis / masuk contest Buku Inspirasi 2010 anjuran Pn.Masayu ni.. heheee.. sbnrnye dah lama xmenulis pjg lebar.. kat blog pun dah lama x dibubuh cerita2 baru sampai penuh ngan contest n giveaway akhirnye.. huhuuu…

Aku memang suka membaca terutamanya buku mengenai motivasi, kekeluargaan, serta perancangan ekonomi keluarga. Kadang2 aku layan novel gak.. huhuhuuu… dan aku bercita2 untuk mempunyai kedai buku sendiri.. stakat ni hanya join affiliate AdikBijak.com n Kedai-Buku.com.. Hari ini ku tambah lg 1.. KlikJer.com. *Sekiranya anda menjadi mendaftar keahlian affiliate di dalam blog ini. Anda layak mendapat Hadiah Bonus.

Status ku kini
g. Bekerja dan mempunyai pendapatan sampingan (tp xbanyak pun.. hihiiii..)

Pilih salah satu cabaran berikut atau gabungkan jika mahu. Kongsikan pengalaman dan cabaran anda.

Cabaran menjadi wanita bekerjaya dan menjadi isteri solehah & ibu mithali

Ku bertugas sebagai seorg pekerja pejabat (position tu rahsia la..) di sebuah kilang. Alhamdulillah, keadaan kewangan syarikat kami sgt kukuh hinggakan kami tidak mengalami sebarang kesan dr kegawatan ekonomi baru2 ini.. tetapi, itu hanya berlaku di syarikatku bekerja, sebaliknya syarikat di tempat suamiku bekerja terpaksa bergulung tikar dan menyebabkan suamiku menjadi SAHD untuk beberapa bulan. Ketika itu aku sedang mengandungkan Nurul Sofia. Demi untuk mengawal perbelanjaan kami, kereta kancilku tersayang terpaksa ku lepaskan.. Kami mempunyai 2buah kereta pd waktu itu..

Secara tidak sengaja ku pun terjumpa artikel di susuibu.com mengenai Cloth Diapers, dan ku fikir ia sgt sesuai untuk meringankan beban kami. Memandangkan pd waktu itu hanya aku seorg yg bekerja tetap manakala suamiku hanya mengambil upah membaiki kereta / motor serta peralatan elektrik drpd jiran2 terdekat.

Sejak berkenalan dgn Cloth Diapers dan menggunakannya untuk Nurul Sofia, ku terasa yg ia sangat berbaloi untuk kewangan kami serta persekitaran kami.. (xde sampah pampers kat rumah tau..) ku pun memperkenalkannya kepada teman2 rapat dan rakan sekerja. Sambutan mereka sgt menggalakkan.. Dari situ, timbul idea ku untuk menjadi seorg reseller CD secara online.. ya, ku berjaya walaupun tidak sehebat mana.. Ku mempunyai idea untuk menjual beberapa jenis brgn lg, tetapi modalku belum mencukupi buat waktu ini.(opps, off-topic..)

Sebagai seorng wanita yg bekerjaya, serta seorg isteri dan juga seorg ibu.. kadangkala terasa diri ini terlalu letih.. Namun, ku sgt bersyukur kerana mempunyai seorg suami yg amat memahami.. (ya, kami saling faham dan memahami antara satu sama lain.. ahaks!!) Selepas kelahiran Sofia, suamiku telah mendapat kerja sebagai pemandu lori dan hanya perlu bekerja 3 @ 4 kali seminggu.. Oleh sebab itu, kerjaku sebagai seorng isteri, aku hanya perlu menyediakan segala keperluan suamiku, memasak, dan mengemas rumah.. tugas2 membasuh baju dan menyidai telah diambilalih suamiku. Kdg2, suamiku pun memasak juga.. hahaa.. Namun, tugasku sebagai seorg ibu masih kugalas sepenuhnya..

Menjaga Nurul Sofia semasa lahir hingga berumur 3 bulan, terlalu banyak cabarannya.. Sofia hanya tidur diwaktu siang dan berjaga serta menangis sepanjang malam.. Sebagai seorg ibu, aku turut tak dapat melelapkan mata walaupun sekejap.. Ketika dlm pantang, aku menghabiskan masa pantangku di rumah org tuaku. Jadi, ibuku kerap menemani aku menjaga Sofia diwaktu malam. Selepas pantang, kami kembali ke rumah kami kerana aku dipanggil untuk memulakan kerja secepat mungkin.

Memandangkan suamiku seorg pemandu lori, dia memerlukan tidur yg cukup untuk memulakan perjalanannya. Ku risau kalau dia tidak cukup rehat dan tidur kerana itu boleh mengundang kecelakaan jlnraya. Untuk itu, aku sanggup menjaga Nurul Sofia seorg diri sepanjang malam.. Manakala suamiku akan tidur di bilik lain. Keadaan ini membuatkan aku rs mengantuk di siang hari dan kdgkala mengalami pening kepala yg amat sewaktu bekerja. Pelbagai pil dan ubat untuk menambah kecergasan yg ku ambil untuk menghilangkan rs letih dan ngantuk. Ku tetap menguatkan semangat untuk menghadapi ujian dari NYA.

Ketika umur Sofia mencapai 3bulan, keadaan menjadi bertambah baik, Nurul Sofia dah dapat menyesuaikan dirinya dgn keadaan siang dan malamnya, dia dah boleh tidur nyenyak pd waktu malam dan sesekali terjaga ingin menyusu. Sekarang Sofia dah pun berumur 8bulan dan membesar dgn sihat bagai johan.. huhuu.. Alhamdulillah.. Ku bersyukur ke HadratMU Ya ALLAH…

Sekian...

p/s : Hmmm, terasa ayat2 karanganku itu seperti tunggang-langgang.. Harap maaf la ye.. dah lama sgt xmenulis, dah ilang segala kekreatifan.. huhuuu…

 
NOTE : Sekadar gambar hiasan, xde kena mengena pun dgn cerita di atas.. huhuuu.. (yg pasti, dua2 gambar ni sy pakai tudung bawal tau..)
Atas : Gambar kami berbulan madu di Langkawi
Bawah : Gambar terkini si Emak dan Sofia.

Nyatakan:
1. Nama penuh mengikut ic: Nurul Huda bt Ahmad Adnan
2. Blog: http://nurul-nordin.blogspot.com & http://noiya.blogspot.com
3. Email: noris_taurusgirl[at]yahoo.com @ huda_adnan[at]hotmail.com
4. Buku Pilihan: Ke Mana Wang Anda
5. Buku Bonus: Bercinta Sampai ke Syurga (Ya, ku sudah daftar affiliate klikjer di blog anda..)
6. Status mahu tudung atau tidak: Ya, semestinya ku mahu.. aku mmg peminat setia tudung bawal ni dr zaman U sampai skrg.. sbb ku suke plain.. heheee…


Kalau sesapa nak join gak contest ni, KLIK SINI ye.. Belum ada tarikh tutup lg setakat ni..


Tuesday, January 12, 2010

Contest Baru Pulak



Contest BLACK n WHITE lagi!!!!!!!! Contest kali ni ditaja oleh Kameraxburuk.. TQ sebab buat contest ni ye.. :)

hm, ku dah pilih gambar, dan ku cube taruhkan gambar ini... sebab ku rs kami CUN.. huhuhuuu.. gambar ms kami muda remaja dulu.. huhuhuuu...



Jom join contest ni... Sesapa yg nak join, KLIK SINI ye... Tarikh tutupnye ialah akhir bulan 1 ni.. 31.01.2010



Thursday, January 07, 2010

CONTEST LAF'S PERFUME



Blog LAFS PERFUME dengan sukacitanya memberi peluang kepada pelanggan dan pelayar laman blog LAFS PERFUME untuk menyertai "Contest" sempena pembukaan blog itu. Hadiah yang ditawarkan adalah daripada koleksi-koleksi wangian LAFS PERFUME.

Hadiah yang ditawarkan bukan sahaja kepada pemenang "Contest" ini tapi juga kepada peserta-peserta bertuah.

1) Peserta pertama yang menjadi follower dan menyertai "Contest" ini dengan menghantar jawapan melalui email.
2) Pemenang Pertama, Kedua & Ketiga yang menjawab dengan betul dan tepat.
3) "3" Pemenang Saguhati.
4) Seorang pemenang bertuah "Lucky Draw" akan mendapat hadiah menarik!

JOM JOIN CONTEST INI... KLIK SINI.. 
*Tarikh tutup contest ialah 10hb Jan 2010*


Wednesday, January 06, 2010

CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish

Last minute nak join contest ni.. masih valid lg kan??



Ni gambo Sofia yg Emak Sofia cube pertaruhkan kan.. huhuhuuu... nampak mcm lelaki la plak anak aku nih.. hihiii.. ok, kepada sesiapa yg tgk gambar ni.. Sila abaikan kain2 bucuk Sofia yg bersepah2 tu.. huhuuu...

Nama Model Comel mcm Emak dia ni : Nurul Sofia binti Nordin
Tarikh Lahir yg dah nak sama lg beberapa hari dgn Emak : 28th April 2009

Xsempat nak membebel panjang sgt sbb masa amat mencemburui kita.. huhuhuuu...


Ok x gambar tu?? Boleh la kan.. Hm, klu nak join gak KLIK SINI ERH... Tarikh tutup dah dilanjutkan sampai 6hb Januari 2010.


Monday, January 04, 2010

Always be My Baby Contest

Wah.. Contest dr ini Teru2Bozu sgt simple.. Tp xsemestinye senang nak menang.. ;p huhuu.. Meh le join meramaikan contest ni.. KLIK SINI.. Anda hanya perlu :

1)Just perlu letakkn picture KAMU bersama Budak KECIL atau BABY..
2) Buat quotes ataw kata-kata ringkas yang menggambar kan gambar tersebut
*RINGKAS SAHAJA ,oke?*
3) kreativiti anda diambil kira =)
4) Post kan link anda di comment column.
5) tarikh tutup contest ini adalah pada 10JANUARI 2010


Sila abaikan kedut2 tua diwajahku itu.. ;p Terasa diriku telah TUA..
Ini gambar Emak Sofia & Nurul Sofia..
** Kehadiranmu Menerangi Hidup Kami.. Ummphuah!!... **




Saat Percutian Terindah

Salam Semua..

Tetiba je hari ni ku teringat yang aku ada gambar yang paling aku suke belek.. hm, tp ni kire gambar percutian ke x ye? sbb kami tido dlm bas?? huhuhuuu... Rien, tlg inform ye klu entry ni disqualified.. akan ku tukarkan kepada entry yg lain.. hehee...

Gambar2 ni diambil semasa ni Company Trip ke Sunway Lagoon awal thn 2008... Hek ellehhh... mcm jauh je bunyi, rupenye kat Sunway Lagoon je.. tu pun nak eksyen siap masuk blog kan.. huhuhuuu... Kami bertolak dr JB pukul 12 mlm, dan tiba di Putrajaya kira2 jam 5 pagi, dan berehat di situ sementara menunggu subuh menjelma..

Heheee.. mcm le xpenah g Putrajaya sblm ni.. tp serius, ni le 1st time aku g Putrajaya sebelum Subuh.. dan 1st time nih kami bersolat subuh di Masjid Putrajaya.. Tu yg xdpt nak lupe tu.. Lepas ni ntah bile le dpt Solat Subuh kat sana lagi..

So, ini le pemandangan di Putrajaya pd waktu pagi.. mcm kat oversea pun ada gak.. ahaks!! ;p meh kite tgk gambarnye cun x?? Rien suruh letak 1 gambo je.. tp tgn aku lak gatal nak letak TIGA tau... huhuhuu.. jgn mare.. just nak share je.. gambo yg di pertaruhkan sure gambo yg 1st tu.. ;)





Sekian.. Wassalam..


Daisypath Anniversary tickers