SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI..


BLOG INI ADALAH HAK MILIK PERIBADI EMAK + ABAH SOFIA,
JADI SESUKA HATI KAMI LAH NAK TULIS APE @ NAK LETAK GAMBO APE..
WALAU APE PUN,
KAMI AKAN CUBA UNTUK BERSOPAN DAN TIDAK MENGGANGGU EMOSI DAN PERASAAN ORG LAIN..
TERUTAMA SEKALI PARA PENGUNJUNG BLOG INI..


KALAU ADA TU, MAKNANYE TAK SENGAJA LE TU..
sOrrY In AdVanCE YE KENKAWAN!!!
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA @ KATA2 PERANGSANG UNTUK KAMI MENINGKATKAN KESOPANAN KAMI ITU.. HUHUUU...


SELAMAT MENJAMU MATA... ;)



Friday, October 23, 2009

IMUNISASI

Apa Itu Imunisasi
Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian dikalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal dan melindungi kanak-kanak daripada beberapa penyakit berjangkit tertentu secara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau titisan melalui mulut.

Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara:
Aktif - Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.
Pasif - Antibodi diperolehi melalui imunisasi

Kepentingan Imunisasi
Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian. Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga. Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit. Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria. Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan yang kos-efektif.


Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi merupakan penyakit berjangkit yang boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi, mortaliti dan risiko samada penyakit itu dapat dirawat atau tidak. Kebanyakan daripada penyakit-penyakit ini dapat dicegah melalui imunisasi seperti penyakit tibi, measles (campak), mumps (beguk), rubella, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), chicken pox (cacar), Japanese encephalitis dan lain-lain.

Penyakit-penyakit berjangkit ini kerap menyerang kanak-kanak dan mempunyai komplikasi yang serius berbanding penyakit-penyakit lain. Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan program ini bagi mencegah penyakit-penyakit tersebut.

Tibi (Tuberculosis) - Vaksin BCG
Tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti saluran pernafasan. Penyakit ini tersebar melalui titisan (melalui udara) semasa batuk atau bersin oleh orang yang dijangkiti penyakit tibi. Justeru itu, jangkitan ini boleh menjangkiti ahli keluarga lain yang tinggal serumah. Biasanya berlaku di kalangan penduduk miskin dan mereka yang tinggal di kawasan sesak.

Kebelakangan ini penyakit tibi telah meningkat disebabkan kemasukan pendatang asing dan juga meningkatnya kejadian jangkitan HIV. Komplikasi penyakit ini termasuk jangkitan kelenjar limfa (lymph node), radang selaput otak, radang paru-paru dan serangan tibi pada organ-organ lain seperti usus, tulang dan sendi, paru-paru dan buah pinggang.

Hepatitis B - vaksin Hep B
Hepatitis B merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Hepatitis B. Penyakit ini dijangkiti dari seorang ke seorang yang lain melalui darah yang tercemar secara pemindahan darah atau perkongsian jarum suntikan. Di antara tanda-tandanya ialah demam dan jaundis. Kesan penyakit ini adalah serius di mana ia boleh mengakibatkan jangkitan hati yang kronik, cirrhosis dan kanser hati. Program imunisasi Hepatitis B bermula pada tahun 1989.

Difteria - vaksin DT, vaksin DTP (kombinasi difteria, tetanus, pertussis)
Difteria adalah radang pada selaput hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh toksin (racun) yang dihasilkan oleh bakteria Difteria. Kesannya adalah bengkak pada saluran pernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan mungkin menyebabkan kematian. Penyakit difteria boleh dirawat dengan antibiotik.

Adalah penting untuk diberikan antitoksin dengan segera bagi mengelakkan kerosakan berkekalan pada jantung dan sistem saraf atau kematian. Hanya dengan pemberian imunisasi sahaja dapat melindungi anak anda daripada penyakit difteria.

Pertussis (Batuk Kokol) - vaksin DTP (kombinasi difteria, tetanus, pertussis)
Batuk kokol adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria pertussis yang menjangkiti kerongkong dan saluran pernafasan. Akibatnya adalah batuk yang teruk dan kerap muntah dan keadaan ini mungkin berlarutan sehingga 3 bulan walaupun mendapat rawatan yang sempurna. Kematian akibat daripada penyakit ini kerap berlaku di kalangan bayi berumur di bawah 6 bulan. Komplikasi pertussis yang teruk adalah sawan tarik, pendarahan dalam mata, kerosakan atau radang paru-paru dan kerosakan atau radang selaput otak (meningitis).

Tetanus (Kancing Gigi) - vaksin DTP (kombinasi difteria, tetanus, pertussis), vaksin T
Spora tetanus didapati di dalam tanah. Penyakit tetanus boleh berlaku apabila terdapat luka yang tercemar dengan spora tetanus. Tetanus juga tersebar melalui penggunaan gunting dan peralatan lain yang tercemar dengan spora tetanus. Hanya imunisasi boleh mencegah penyakit ini.

Polio (Poliomyelitis)- vaksin OPV (melalui mulut)
Polio disebabkan oleh virus Polio yang menyerang sistem saraf. Penyakit ini menular melalui tangan, makanan dan air yang tercemar dengan najis dari orang yang dijangkiti penyakit polio. Jangkitan polio biasanya menyerang sistem saraf ke otot dan ini boleh menyebabkan lumpuh. Kadangkala polio menyerang otot pernafasan yang menyebabkan kesukaran bernafas dan ini boleh membawa kematian.

Penyakit Hib - vaksin Hib
Penyakit Hib disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae type B. Di Malaysia 30% - 50% kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang menghidap radang selaput otak (meningitis) adalah disebabkan penyakit Hib.

Penyakit ini juga boleh mengakibat kanak-kanak menderita keracunan darah (septisemia), radang paru-paru (pneumonia), radang sendi (septic arthritis), radang epiglotis, bengkak pada saluran pernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan boleh menyebabkan kematian. Komplikasi lain seperti ketidakupayaan, pekak atau kerosakan otak yang kekal. Hampir 10% daripada kanak-kanak ini mati dan 30% lagi mengalami kecacatan otak yang kekal, buta, pekak, Cerebral Palsy dan masalah pembelajaran atau tingkahlaku.

Penyakit Hib dan Hepatitis B BUKANLAH satu penyakit yang sama. Vaksin pencegah Hepatitis B adalah disebut vaksin Hepatitis B manakala vaksin penyakit Hib adalah disebut vaksin Hib.

Penyakit Hib kerap berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Risiko jangkitan adalah paling tinggi di kalangan kanak-kanak berumur di bawah 1 tahun. Penyakit ini jarang berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas. Pergaulan rapat dengan kanak-kanak yang dijangkiti Hib meningkatkan risiko mendapat penyakit Hib. Bakteria Hib disebarkan melalui titisan ketika bersin atau batuk oleh mereka yang dijangkiti penyakit Hib. Penyakit ini juga boleh merebak melalui perkongsian barang permainan yang dimasukkan ke dalam mulut.

Walaupun bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya akan mendapat perlindungan daripada penyakit Hib, imunisasi masih diperlukan untuk mendapatkan perlindungan yang maksima.

Measles (Campak) - vaksin Measles, vaksin MMR (kombinasi measles, mumps, rubella)
Measles adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Measles. Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Pada amnya orang ramai melihat penyakit ini sebagai penyakit yang tidak serius tetapi pada hakikatnya penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi yang teruk seperti radang paru-paru, jangkitan otak (encephalitis), sawan, jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak, jangkitan pada mata dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan buta serta kematian. Kematian kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

Beguk (Mumps) - vaksin MMR (kombinasi measles, mumps, rubella)
Mumps disebabkan oleh virus Mumps. Tanda-tandanya adalah bengkak pada kelenjar air liur (parotid). Mumps adalah salah satu penyebab radang selaput otak. Pada kanak-kanak lelaki, mumps boleh menyebabkan radang buah zakar yang mana boleh mengakibatkan kemandulan. Selain itu, mumps juga boleh mengakibatkan jangkitan otak dan pancreas serta pekak.

Rubella - vaksin MMR (kombinasi measles, mumps, rubella)
Rubella adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Rubella. Penyakit ini dianggap ringan tetapi kesannya pada ibu mengandung yang tidak pernah menerima imunisasi rubella akan menjadi serius terutama sekali pada kandungan trimester pertama yang boleh mengakibatkan kecacatan bayi yang dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Ini termasuk katarak, buta, pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal.

Fakta Dan Salah Faham Mengenai Imunisasi
Salah faham mengenai imunisasi bukanlah perkara baru. Justeru itu, adalah penting bagi kakitangan kesihatan berpengetahuan dan arif agar dapat mengatasi keraguan dan salah faham yang timbul.

Imunisasi tidak berkesan??
Jika imunisasi tidak berkesan, maka negara kita akan menghadapi wabak pelbagai jenis penyakit berjangkit. Tidak semua individu mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit dan tidak ada cara terbaik untuk kita mengenalpasti individu tersebut. Maka adalah penting setiap individu diberi imunisasi lengkap supaya semua individu mendapat perlindungan sepenuhnya.

Anak saya tidak memerlukan imunisasi kerana penyakit berjangkit tidak selalu berlaku.
Tidak benar - Imunisasi adalah penting untuk mempastikan anak anda sihat. Masih lagi terdapat penyakit berjangkit di Malaysia.

Anak saya boleh dilindungi dari penyakit berjangkit dengan menjauhi diri mereka daripada kanak-kanak yang lain.
Adalah tidak wajar dan tidak digalakkan untuk mengasingkan anak anda. Sebenarnya bakteria / virus ini bukan hanya dibawa atau disebar oleh kanak-kanak bahkan juga orang dewasa. Contohnya, bakteria tetanus yang terdapat di dalam tanah juga dapat menjangkiti kanak-kanak melalui luka ringan yang sekaligus menyebabkan risiko mendapat penyakit tetanus.

Imunisasi adalah tidak selamat – risikonya lebih tinggi berbanding penyakit itu sendiri.
Tidak benar - Imunisasi adalah selamat. Kesemua vaksin telah diuji keberkesanan dan keselamatannya. Tahap kesan tindakbalas sampingan terhadap imunisasi telah diuji dan pemantauan berterusan dijalankan walaupun vaksin itu telah diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab dan juga Kementerian Kesihatan. Telah sedia maklum kebanyakan imunisasi menimbulkan kesan sampingan yang ringan kepada kanak-kanak tetapi ini adalah jauh lebih baik daripada mendapat penyakit itu sendiri.

Soalan Yang Kerap Ditanya

Apakah Jenis Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi?


• Tibi (Tuberculosis):
Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut.

• Hepatitis B:
Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati.

• Difteria:
Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.

• Pertussis (batuk kokol):
Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsy dan boleh membawa maut.

• Tetanus:
Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawa kesakitan yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.

• Polio:
Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan fizikal atau kematian.

• Penyakit Hib(Haemophilus influenza type b):
Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglottis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

• Measles (campak):
Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.

• Mumps (beguk atau bengkak di belakang telinga hingga ke dagu) :
Beguk boleh mengakibatkan radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.

• Rubella :
Rubella biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.

Mengapakah Anak Saya Perlu Diberi Imunisasi?
Anak anda perlu diberi imunisasi untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi. Penyakit-penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi teruk dan membawa maut.

Bilakah Saya Perlu Membawa Anak Saya Untuk Imunisasi?
Bawalah anak anda untuk mendapatkan imunisasi mengikut Jadual Imunisasi Baru Kementerian Kesihatan Malaysia. Adalah penting untuk melengkapkan imunisasi anak anda mengikut jadual imunisasi baru

Adakah Terdapat Kesan Sampingan Imunisasi?
Imunisasi adalah SELAMAT. Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya. Kesan sampingan yang teruk seperti demam (lebih daripada 38ÂșC), ruam di seluruh badan dan sawan tarik jarang berlaku. Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan bawalah anak anda ke klinik/hospital dengan segera.

Bolehkah Lebih Daripada Satu Imunisasi Diberi Dalam Satu Masa?
Ya, boleh. Lebih daripada satu imunisasi boleh diberi dengan selamat dalam masa yang sama. Imunisasi perlu diberi di tempat berlainan seperti kedua-dua paha atau bahu.

Bolehkah Imunisasi Diberikan Semasa Anak Saya Sakit?
Imunisasi boleh diberikan kepada anak anda yang mengalami sakit ringan seperti demam, jangkitan telinga, batuk dan selsema.

Bolehkah Imunisasi Diberikan Jika Anak Saya Dilahirkan Pramatang?
Ya, anak anda boleh diberikan imunisasi mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan walaupun dilahirkan pramatang.

Sumber : Farmasi Anis - Rakan Sihat Anda

Wednesday, October 07, 2009

10 Tips menjadi pasangan terbaik...

1) Terima seadanya :
Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka :
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Aktiviti bersama :
Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4) Tunjukkan cinta anda :
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

 5) Kawal perasaan :
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6) Jangan ungkit kisah lalu :
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu :
Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8) Jaga komitmen antara satu sama lain :
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur :
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup :
Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.


Daisypath Anniversary tickers