Akhirnya ku terpanggil untuk menulis / masuk contest Buku Inspirasi 2010 anjuran Pn.Masayu ni.. heheee.. sbnrnye dah lama xmenulis pjg lebar.. kat blog pun dah lama x dibubuh cerita2 baru sampai penuh ngan contest n giveaway akhirnye.. huhuuu…
Aku memang suka membaca terutamanya buku mengenai motivasi, kekeluargaan, serta perancangan ekonomi keluarga. Kadang2 aku layan novel gak.. huhuhuuu… dan aku bercita2 untuk mempunyai kedai buku sendiri.. stakat ni hanya join affiliate AdikBijak.com n Kedai-Buku.com.. Hari ini ku tambah lg 1.. KlikJer.com. *Sekiranya anda menjadi mendaftar keahlian affiliate di dalam blog ini. Anda layak mendapat Hadiah Bonus.
Status ku kini
g. Bekerja dan mempunyai pendapatan sampingan
Pilih salah satu cabaran berikut atau gabungkan jika mahu. Kongsikan pengalaman dan cabaran anda.
Cabaran menjadi wanita bekerjaya dan menjadi isteri solehah & ibu mithali
Ku bertugas sebagai seorg pekerja pejabat
Secara tidak sengaja ku pun terjumpa artikel di susuibu.com mengenai Cloth Diapers, dan ku fikir ia sgt sesuai untuk meringankan beban kami. Memandangkan pd waktu itu hanya aku seorg yg bekerja tetap manakala suamiku hanya mengambil upah membaiki kereta / motor serta peralatan elektrik drpd jiran2 terdekat.
Sejak berkenalan dgn Cloth Diapers dan menggunakannya untuk Nurul Sofia, ku terasa yg ia sangat berbaloi untuk kewangan kami serta persekitaran kami..
Sebagai seorng wanita yg bekerjaya, serta seorg isteri dan juga seorg ibu.. kadangkala terasa diri ini terlalu letih.. Namun, ku sgt bersyukur kerana mempunyai seorg suami yg amat memahami..
Menjaga Nurul Sofia semasa lahir hingga berumur 3 bulan, terlalu banyak cabarannya.. Sofia hanya tidur diwaktu siang dan berjaga serta menangis sepanjang malam.. Sebagai seorg ibu, aku turut tak dapat melelapkan mata walaupun sekejap.. Ketika dlm pantang, aku menghabiskan masa pantangku di rumah org tuaku. Jadi, ibuku kerap menemani aku menjaga Sofia diwaktu malam. Selepas pantang, kami kembali ke rumah kami kerana aku dipanggil untuk memulakan kerja secepat mungkin.
Memandangkan suamiku seorg pemandu lori, dia memerlukan tidur yg cukup untuk memulakan perjalanannya. Ku risau kalau dia tidak cukup rehat dan tidur kerana itu boleh mengundang kecelakaan jlnraya. Untuk itu, aku sanggup menjaga Nurul Sofia seorg diri sepanjang malam.. Manakala suamiku akan tidur di bilik lain. Keadaan ini membuatkan aku rs mengantuk di siang hari dan kdgkala mengalami pening kepala yg amat sewaktu bekerja. Pelbagai pil dan ubat untuk menambah kecergasan yg ku ambil untuk menghilangkan rs letih dan ngantuk. Ku tetap menguatkan semangat untuk menghadapi ujian dari NYA.
Ketika umur Sofia mencapai 3bulan, keadaan menjadi bertambah baik, Nurul Sofia dah dapat menyesuaikan dirinya dgn keadaan siang dan malamnya, dia dah boleh tidur nyenyak pd waktu malam dan sesekali terjaga ingin menyusu. Sekarang Sofia dah pun berumur 8bulan dan membesar dgn sihat bagai johan.. huhuu.. Alhamdulillah.. Ku bersyukur ke HadratMU Ya ALLAH…
Sekian...
p/s : Hmmm, terasa ayat2 karanganku itu seperti tunggang-langgang.. Harap maaf la ye.. dah lama sgt xmenulis, dah ilang segala kekreatifan.. huhuuu…
NOTE : Sekadar gambar hiasan, xde kena mengena pun dgn cerita di atas.. huhuuu.. (yg pasti, dua2 gambar ni sy pakai tudung bawal tau..)
Atas : Gambar kami berbulan madu di Langkawi
Bawah : Gambar terkini si Emak dan Sofia.
Nyatakan:
1. Nama penuh mengikut ic: Nurul Huda bt Ahmad Adnan
2. Blog: http://nurul-nordin.blogspot.com & http://noiya.blogspot.com
3. Email: noris_taurusgirl[at]yahoo.com @ huda_adnan[at]hotmail.com
4. Buku Pilihan: Ke Mana Wang Anda
5. Buku Bonus: Bercinta Sampai ke Syurga (Ya, ku sudah daftar affiliate klikjer di blog anda..)
6. Status mahu tudung atau tidak: Ya, semestinya ku mahu.. aku mmg peminat setia tudung bawal ni dr zaman U sampai skrg.. sbb ku suke plain.. heheee…
Kalau sesapa nak join gak contest ni, KLIK SINI ye.. Belum ada tarikh tutup lg setakat ni..
1 comment:
salam nurul
terima kasih sudi menyertai peraduan yang tak seberapa
saya mohon izin untuk pilih beberap gambar dari blog nurul, sebagai penambah hiasan untuk pengisian artikel nurul,
salam perkenalan dari saya
terima kasih :D
Post a Comment