~ Kau Yang Aku Cinta ~
Wahai kau yang aku cinta selalu,
Kau kan selamanya terpahat dihatiku,
Puisi cinta ini kutujukan khas buatmu,
Tanda kasihsayangmu kudamba selalu.
Walau ramai jejaka menghampiriku,
Tiada seorang pun dapat menandingimu,
Tiada seorang pun bisa menawanku,
Kerna hanya kau yang aku cinta dihatiku.
Wahai kau yang aku cinta selalu,
Kau anugerah terindah untukku,
Hanya kau yang bisa memahamiku,
Yang menerima seadanya aku.
Kepada kau yang aku cinta,
Moga kau mendengar segalanya,
Kasihku padamu tiada taranya,
Sayangku bertambah setiap masa.
Wahai kau yang aku cinta,
Kaulah juga sahabat yang ku nanti,
Di saat diriku lemah tidak berdaya,
Di saat airmataku membasahi pipi.
Buat kau yang aku cinta selalu,
Senyumanmu membawa bahagiaku,
Gelisahmu adalah kebimbanganku,
Airmatamu bisa merobek hatiku.
Wahai kau yang aku cinta selalu,
Terima kasih kerana mencintaiku,
Biarkan kumasuki relung jiwamu,
Memilihku sebagai pendampingmu.
Kepada kau yang aku cinta,
Setiap katamu perangsang jiwa,
Membuatkan diriku berasa selesa,
Sebagai isteri yang berkerjaya.
Bukan wang ringgit yang aku pinta,
Bukan jua sinaran permata atau nilam,
Tetapi wahai kau yang aku cinta,
Bimbinglah kami ke jalan Islam.
Wahai kau yang aku cinta,
Hargai tiap pengorbanan kita,
Bukti tulus murni cinta terbina,
Agar kekal bahagia ke hari tua.
Sekian sahaja dari saya.. hmm, ok x puisi ni?? kalau korang ada idea yg lagi hebat dan mantap.. jom la join contest Cik Farhana ni..
KLIK SINI untuk keterangan lanjut ye... ;)